Pages

Monthly Contest Participants. Join Us! :)

Jun 26, 2010

Keputusan Contest kedua KhazisBoutique

Salam semua :)

Sekarang sampailah masanya untuk saya umumkan senarai pemenang contest kedua khazisboutique!

Tarik nafasssss...^_^

Pemenang Utama.

Ok pemenang utama dipilih berdasarkan kreativiti (selain memenuhi syarat penyertaan).
Daripada 51 peserta, 3 peserta telah layak ke pusingan akhir.

Finalist pertama: Peserta ke-24 : bunga
Kreativiti : gaya penceritaan. Saya sukakan cara beliau menggunakan perkataan 'merah' dlm entry beliau, menceritakan kisah2 menarik dalam hidup beliau ketika kecil. Juga usaha beliau menukar lirik lagu menjadi lagu yang mungkin satu hari nanti buleh saya jadikan lagu tema khazisboutique. hehe.

Finalist kedua: Peserta ke-29 : kak nida
Kreativiti: penggunaan bahasa. Jika dibaca entry beliau, memang penuh dgn bunga-bunga bahasa yang bukan mudah untuk dikarang. Pantun, sajak, gurindam, semua ada. Di sini saya lihat beliau sangat bersungguh-sungguh mengarangnya dan beliau berjaya membuktikan betapa obsesnya beliau terhadap warna ungu.

Finalist ketiga: Peserta ke-41 : sheela faizura
Kreativiti: penggunaan video. Beliau satu-satunya peserta yang menggunakan video untuk menceritakan tentang warna kegemaran beliau. Dan seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk merakam dan menyiapkan sesebuah video, tambahan pula bila melibatkan pertukaran baju berkali-kali.

3 hari 3 malam saya fikirkan cara untuk tentukan pemenang, dan saya berpendapat, ketiga-tiganya layak untuk memenangi hadiah utama, ketiga-tiga kreativitinya pada point yang berbeza, sangat sukar untuk saya tentukan yang mana lebih baik. jadi akhirnya saya putuskan utk memilih salah seorang dari 3 peserta akhir, dengan meminta bantuan random.org.

bunga : no. 1
kak nida : no. 2
sheela : no. 3

dan pemenangnya ialahhhhh

kak nida!!!

tahinah kak! Akak memenangi RM100 dan 1 item pilihan dari khazisboutique (selain baju kurung). Akak tolong emailkan nombor akaun dan alamat, dan paling penting, item pilihan ke info@khazisboutique.com ye.

pada bunga dan sheela, jangan risau, anda bakal memenangi hadiah misteri setiap seorang kerana telah berjaya melangkah ke peringkat akhir ^_^ Diminta bunga dan sheela utk emailkan ke info@khazisboutique.com alamat anda ye.

2 Pemenang Bertuah

Pemenang bakal memenangi RM50 dan 1 item pilihan (selain baju kurung).
drum rollss....


lucky contestant no. 1 : 27
siapa 27? kak adda!!!!


nampaknya tiupan hikmat akak berjaya. hehe


ok lucky contestant number 2


siapa no. 18??
pearls!!! kak, akak dah menang!! :)

Pesanan buat kak adda dan pearls, sila emailkan ke info@khazisboutique.com..

  1. nombor akaun (kalo buleh maybank ye)
  2. alamat untuk dihantar hadiah
  3. item pilihan <--penting

Perhatian buat semua pemenang, email saya perkara-perkara yang saya minta tadi SEBELUM 12 MALAM INI ye. :) saya nak bungkus2 semua, jadi by monday, semua dh dipos dan dibank-in. :)

Buat SEMUA peserta contest kedua kami

terima kasih kalian. Membaca entry2 kalian membuatkan saya lebih bersemangat untuk memajukan diri. Semua telah memberikan yang terbaik, cuma mungkin bukan rezeki anda kali ini. Jangan risau, kami akan terus menganjurkan contest2 menarik pada bulan2 yang seterusnya.

Bulan depan? Untuk bulan ini dan bulan depan, anda mempunyai peluang untuk memenangi voucher sehingga RM45 setiap seorang. Voucher bermaksud, pemenang diberi kebebasan memilih mana-mana item yang dijual di khazisboutique yang berharga RM45 ke bawah. :) Contest kali ini dianjurkan oleh theHoneyBunch dan khazisboutique bekerjasama menyediakan hadiah2nya. Banyak lagi hadiah lain, lebih ramai pemenang, jadi anda mempunyai lebih banyak peluang! Nanti saya terangkan dalam entry yang seterusnya ye. :)

ok, pening baca entry ini? hehe, saya akan senaraikan nama-nama pemenang di ruangan 'wilda's note'. till then, teruskan bersama khazisboutique!!

daaa ^_^

No comments:

Post a Comment


Hi, sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini dan akan di'moderate'kan serta dipublishkan beserta jawapan. ^_^


Anda juga bolah email kemusykilan anda kepada info@khazisboutique.com.